30 KAKITANGAN PTSS SERTAI PERTANDINGAN BOWLING PERSAHABATAN

Seramai 30 orang kakitangan PTSS menyertai pertandingan bowling persahabatan yang berlangsung di Perlis Bowl, Kangar di sini baru-baru ini.

Pengarah PTSS, Dr. Mohd Zahari Ismail berkata, “Pertandingan ini antara usaha pihaknya untuk mengeratkan lagi perpaduan di kalangan kakitangan PTSS selain menghilangkan tekanan beban tugas di pejabat”. Tambah Dr. Mohd Zahari, selain itu perlawanan tersebut juga diyakini untuk menaikkan semula semangat kerja berpasukan di kalangan kakitangan.

“Perlawanan persahabatan ini juga telah mengangkat satu lagi kehebatan PTSS kerana meskipun dijalankan dalam suasana santai, namun dalam semangat kesukanan yang tinggi.”

“Usikan sesama rakan sepanjang perlawanan ini membuktikan mereka berupaya bekerja secara berpasukan demi mencapai misi politeknik sebagai peneraju Latihan Kemahiran Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di negara ini,” katanya ketika berucap pada pertandingan tersebut baru-baru ini.

Tambah Dr. Mohd Zahari, pencapaian keseluruhan PTSS pada tahun lepas (2017) adalah terbaik dan cemerlang. Kata beliau, antara aktiviti-aktiviti besar dan mencabar yang dilakukan termasuklah Program CSR iaitu “Let Us Fix It” dan Amal Ride Padang Besar Hat Yai,Thailand, “International Conference On Research In TVET Studies” (ICOR-TVET) dan “Knowledge Exchange Thailand” iaitu “Foot Massage” dan “Soap Making” yang diadakan di Pauh Inn, PTSS dengan kerjasama dari Raja Manggala University Of Technology Thanyaburi (RMUTT), Thailand, pelajar PTSS diberikan peluang menjalani Latihan Industri di Thailand dan Qatar, pelajar-pelajar PTSS menyertai Asian English Olympics di Jakarta, Aiman Syamil Azmi, pelajar PTSS dari Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti mewakili Malaysia ke Asean Skills Competition dan lain-lain lagi.

Pertandingan bowling tersebut telah dimenangi oleh pasukan yang diwakili oleh Mazrul Hisyam Mat Ali dan Ros Mina Bahari. Hadiah telah disampaikan oleh Dr. Mohd Zahari Ismail, Pengarah PTSS kepada para pemenang. Turut serta hadir ialah Roseliza Dato’ Shaari, Timbalan Pengarah Akademik dan Jamazuki Othman, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik.

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my