PTSS TURUN PADANG BANTU MASYARAKAT

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis baru-baru ini turun padang membantu masyarakat yang melibatkan penduduk kampung yang kurang berkemampuan di kawasan Parlimen Kangar yang melibatkan 3 Dewan Undangan Negeri iaitu Kayang, Kuala Perlis dan Indera Kayangan dalam kerja-kerja membaik pulih 23 buah rumah penduduk yang daif.

Menurut Pengarah PTSS, Dr. Mohd Zahari Ismail, pihaknya menerusi Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah memperuntukkan sebanyak RM115,000.00 untuk kerja-kerja membaik pulih seperti kerja-kerja elektrik dan kerja-kerja awam. Menurut beliau lagi, sebelum ini PTSS juga telah diberikan tanggungjawab membaik pulih 12 buah rumah penduduk daif dalam program yang dinamakan “Touch Point Cabinet Away Day 2017 - Fasa 1 yang melibatkan 5 Dewan Undangan Negeri Perlis. Di samping itu juga menurut beliau PTSS turun padang kali ini sebagai menyahut seruan Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Menteri Besar Perlis dalam Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Negeri Perlis yang meminta semua Ketua-Ketua Jabatan di Negeri Perlis turun padang membantu masyarakat yang memerlukan.

Katanya lagi, dalam program yang dinamakan “Touch Point Cabinet Away Day 2017-Fasa 2” pada 6-8 Januari 2018 dan 13-15 Januari 2018 baru-baru ini, pelajar didedahkan dengan membaik pulih pendawaian usang, pemasangan lampu, soket dan kipas. Bagi kerja-kerja awam, pelajar didedahkan dengan membaik pulih lantai simen dan bumbung rumah penduduk kampung yang rosak. Semua aktiviti dan kerja-kerja yang dijalankan dipantau oleh pensyarah yang terlibat mempunyai kemahiran dalam bidang berkenaan.

Matlamat utama program ini ialah untuk meningkatkan impak sosial melalui perkongsian pengalaman dan kepakaran pelajar dalam bidang TVET kepada isi rumah yang terlibat dengan projek ini dan keberhasilan yang disasarkan adalah peningkatan kualiti kehidupan golongan sasaran. Di samping itu juga program ini bertujuan untuk menggalakkan pelajar PTSS terlibat dalam aktiviti kesukarelawan dan juga membuka peluang kepada pelajar PTSS untuk berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.

Menurut Dr. Mohd Zahari Ismail, Pengarah PTSS lagi, “Program ini adalah untuk memupuk semangat keperihatinan pelajar PTSS terhadap penduduk setempat dan sekali gus membina hubungan antara pelajar PTSS dengan masyarakat di Parlimen Kangar”. Menurut beliau, kerja-kerja baik pulih yang akan dilaksanakan melibatkan kerja-kerja pendawaian elektrik dan kerja-kerja awam.

“Seramai 72 orang pelajar PTSS dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual dan juga pensyarah serta kakitangan terlibat dengan program yang diadakan ini bagi kali kedua bersama peruntukan yang diberikan oleh ICU dan JPM bagi melaksanakan aktiviti khidmat sosial TVET membabitkan kerja membaik pulih rumah penduduk yang usang iaitu golongan sasar yang terdiri penduduk miskin dan kurang berkemampuan”, katanya.

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my