PROGRAM PTSS CAKNA DAN ENGLISH CAMP (Program Pengantarabangsaan PTSS di Trang, Thailand)

Program ini adalah bertujuan untuk membantu Foundation Saengtham Wittaya School, Trang, dan masyarakat sekeliling kawasan tersebut untuk pengetahuan asas Bahasa Inggeris, sambil membantu menaiktaraf asrama lelaki sekolah tersebut yang dihuni oleh anak-anak yatim serta fakir miskin. Ini adalah program PTSS ke-2 di sekolah tersebut setelah Ziarah Mahabbah pada bulan Januari 2018 yang lalu.

PTSS juga berjaya mengumpul sumbangan berbentuk item dan juga tunai yang diserahkan kepada sekolah Saengtham Wittaya. Segala aktiviti dijalankan seperti yang dirancang.

OBJEKTIF TERCAPAI

3.1       Menunjukkan keupayaan pelajar dalam perkongsian ilmu di peringkat antarabangsa.

3.2       Mengeratkan jaringan kerjasama antarabangsa antara PTSS dan sekolah di Thailand.

3.3       Memupuk daya kepimpinan dan kerja berpasukan kepada pelajar yang dipertanggungjawabkan sebagai fasilitator.

3.4       Melahirkan pelajar yang bersifat holistik sejajar dengan matlamat PPPM (PT)

3.5       Memberi manfaat kepada pelajar mempelajari budaya dan cara hidup pelajar dan masyarakat di negara Thailand.

3.6       Merancang, melaksana, memimpin program, bekerjasama dan mengambil peranan secara aktif dalam kumpulan.

 

  

 

 

 

 

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my