DR MOHD ZAHARI SERAH TUGAS KEPADA ABDUL MALEK

Bekas Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS), Dr Mohd Zahari Ismail menyerahkan tugas kepada Pengarah PTSS yang baharu, Abdul Malek Hassan dalam satu majlis di PTSS baru-baru ini. Dr Mohd Zahari Ismail bertukar sebagai Pengarah, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor setelah mendapat kenaikan pangkat Jusa C (memangku).

Abdul Malek Hassan berkata, majlis penyerahan yang berlangsung itu memperlihatkan kesungguhan pegawai tinggi Politeknik Malaysia mempunyai iltizam yang tinggi untuk meneruskan dasar sedia ada dalam memacu politeknik ke arah kecemerlangan demi melahirkan pelajar yang berkualiti dan berwibawa dalam membangunkan negara.

"Kita hari ini adakan majlis ini demi untuk meneruskan kecemerlangan yang sedia ada dan memacu pendidikan kearah kecermerlangan yang lebih baik lagi dengan penambaikan yang akan kita laksanakan demi melahirkan generasi pelajar yang serba boleh dalam pelbagai bidang dan juga pelajar yang boleh menjadi pemimpin dimasa akan datang".

"Tahniah kepada Dr Mohd Zahari kerana telah memacu PTSS sehingga menempa banyak kejayaan. Kita juga akan pastikan idea-idea bernas yang beliau utarakan dapat diteruskan dengan beberapa penambahbaikan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah-Terima Tugas Mantan Pengarah PTSS di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Mohd Zahari berkata, warga PTSS setakat ini telah berjaya membawa lonjakan dalam sektor pendidikan tinggi serta menjadikan PTSS sebagai politeknik antara paling inovatif.

Katanya, kejayaan berkenaan adalah berlandaskan Pelan Strategik PTSS justeru, ia perlu diteruskan bagi memastikan segala lonjakan yang terkandung dalamnya dapat dizahirkan sebaik-baiknya.

"Saya memohon maaf kepada semua warga PTSS sepanjang saya bertugas di sini. Saya harap PTSS akan diberikan kebaikan dan pertunjuk untuk terus berjaya," katanya.

Turut hadir dalam Majlis Serah Tugas tersebut ialah Timbalan Pengarah Akademik, Roseliza Dato’ Shaari, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Jamazuki Othman, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit dan Ahli Mesyuarat Pengurusan yang lain.

PROGRAM / AKTIVITI


16 - 18 Oktober 2018
3rd Innovation Competition (INNOCOM) 2018
Dewan Harumanis

19 Oktober 2018
Karnival Kerjaya PTSS 2018
Dewan Kuliah Utama

24 Oktober 2018
Majlis Apresiasi Kecemerlangan PTSS 2018
Dewan Harumanis

PAUTAN UMUM


3rd INNOCOM 2018

Pauh Inn

Buletin English JPA

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
E-mel aduan(at)ptss(dot)edu(dot)my
info(at)ptss(dot)edu(dot)my
Facebook PoliteknikmalaysiaPTSS