PTSS MENANG EMAS DALAM NATIONAL ABILYMPICS COMPETITION 2018

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis menang pingat emas dalam "National Abilympics Competition 2018". Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis, Wan Muhammad Hafizunif Wan Roslan telah memenangi Pingat Emas dalam dalam kategori Cake Decoration dalam pertandingan yang diadakan di Kolej Komuniti Selayang ,Selangor baru-baru ini. Kejayaan yang dicapai oleh beliau melayakkan beliau ke Pertandingan 10th International Abilympics 2020 di Shanghai, China. PTSS juga turut memenangi Pingat Perak melalui Nurul Murfiqah Muda dalam kategori Restaurant Service dan Pingat Gangsa diperolehi melalui Hot Cooking oleh Muhammad Hiesyamudin Hisham.

Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan berkata, "Ini merupakan pencapaian terbaik pelajar PTSS dalam pertandingan ini ia dan merupakan satu sejarah kerana pertama kalinya pelajar PTSS memenangi pingat emas dalam pertandingan yang kali kedua diadakan. Tanpa usaha dan latihan yang bersungguh-sungguh oleh pelajar dan jurulatih kejayaan ini tidak mungkin akan tercapai". Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Penyelaras Pertandingan Abilympics PTSS, Rabiatul Adawiyah Ismail, Ketua Kontinjen, Norhaizan Mehat, Jurubahasa, Nor Haslynda Amat Kamisan dan juga 3 orang jurulatih pelajar-pelajar ini kerana membawa pulang tiga pingat dalam pertandingan ini.

Rabiatul Adawiyah pula berkata, "Tanpa sokongan daripada pihak pengurusan dan usaha yang bersungguh-sungguh daripada pelajar-pelajar ini tidak mungkin kejayaan ini dapat dicapai dan saya berasa bangga dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh mereka hingga boleh membawa pulang 3 pingat iaitu Pingat Emas, Pingat Perak dan Pingat Gangsa dalam kategori yang dipertandingkan". Tambah beliau lagi, pelajar-pelajar OKU ini memberikan sepenuh komitmen hingga membolehkan kejayaan ini dicapai dengan jayanya.

"National Abilympics Competition 2018" merupakan pertandingan kemahiran yang diadakan untuk orang kelainan upaya (OKU) yang terdiri dari pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan swasta dan juga orang perseorangan. Presiden Majlis Pemulihan Malaysia (MCR), Datin Paduka Khatijah Sulieman berkata," Abilympics berasal dari perkataan 'Olympic of Abilities’ iaitu pertandingan kemahiran pekerjaan atau vokasional untuk golongan kurang upaya yang diadakan 4 kali setahun. Ia diadakan pertama kalinya di Tokyo, Jepun pada tahun 1981, disusuli dengan pertandingan di Colombia, Hong Kong, Australia (1995) yang menyaksikan MCR membawa delegasi OKU Malaysia untuk penyertaan pertama kalinya 9th International Abilympics pada tahun 2016".

Menurut beliau lagi, pertandingan pada tahun 2016 menyaksikan Malaysia menghantar wakil dalam kategori Masakan dan Menghias Kek buat julung kalinya. MCR merupakan penyelaras kebangsaan dan antarabangsa bagi Abilympics, di mana MCR bertanggungjawab memilih peserta OKU yang berkelayakan untuk bertanding di pertandingan ‘International Abilympics’ kali ke 10 yang akan diadakan pada tahun 2020 di Shanghai, China. Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan dalam Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Abilympics Peringkat Kebangsaan 2018 di Dewan Pameran, Kolej Komuniti Selayang, Selangor baru-baru ini. Majlis ini dirasmikan penutupannya oleh Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Zainab Ahmad. Sebanyak 15 kategori kemahiran telah dipertandingkan pada pertandingan kali ini. Pertandingan telah diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan MCR.

PROGRAM / AKTIVITI


16 - 18 Oktober 2018
3rd Innovation Competition (INNOCOM) 2018
Dewan Harumanis

19 Oktober 2018
Karnival Kerjaya PTSS 2018
Dewan Kuliah Utama

24 Oktober 2018
Majlis Apresiasi Kecemerlangan PTSS 2018
Dewan Harumanis

PAUTAN UMUM


3rd INNOCOM 2018

Pauh Inn

Buletin English JPA

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
E-mel aduan(at)ptss(dot)edu(dot)my
info(at)ptss(dot)edu(dot)my
Facebook PoliteknikmalaysiaPTSS