WWW https://www.facebook.com/JabatanPerdaganganPtss/

PENGENALAN

VISI

Jabatan Perdagangan PTSS berazam untuk menjadikan jabatan ini sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dalam bidang perdagangan dan kesetiausahaan serta berazam melahirkan graduan yang berketerampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan Falsafah Pendidikan Negara.

 

MISI

  1. Memastikan setiap pensyarah menguasai bidang masing-masing secara menyeluruh.
  2. Memastikan setiap pensyarah menguasai bidang masing-masing secara menyeluruh.
  3. Memastikan semua pensyarah dapat mempertingkatkan lagi akuantabiliti, kredibiliti, integriti dan keprihatinan.
  4. Melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan juga sahsiah.
  5. Melahirkan pelajar berketerampilan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab berpandukan kepada nilai-nilai murni.
  6. Peratus kelulusan pelajar JP dapat ditingkatkan dari semasa ke semasa dari segi akademik dan juga pemantapan kendiri.

 

CARTA ORGANISASI

 

MAKLUMAT KAKITANGAN

Bil. Nama Jawatan Samb. No. Telefon
( 04 988 6200 )
E-mel
( @ptss.edu.my )
1 Asmiza binti Osman Ketua Jabatan 6255 asmiza
2 Ros Aini binti Ibrahim Ketua Program (DPM) 1248 rosaini
3 Juwita binti Mohd Johan Ketua Program (DSK) 1238 juwitajohan
4 Affendi bin Mohammad Ketua Program (DAT) 1242 affendi
5 Abd Rahman bin Yaacob Pensyarah 1035 abdrahmanyaacob
6 Ahmad Razif bin Abdul Rashid Pensyarah Utama 1041 razif
7 Aniza binti Dahri Pensyarah Utama 6200 aniza
8 Ayu Iryanti binti Azni Pensyarah 1240 ayuiryanti
9 Azlina binti Uyub Pensyarah 6252 azlinauyub
10 Azlini binti Awang Pensyarah 6200 azlini
11 Azrul Nizah binti Yussof Pensyarah 1250 nizah
12 Azrul Nizam bin Abdul Aziz Pensyarah 1244 azrul
13 Dr. Dzulkarnain bin Musa Pensyarah 6389 dzulkarnain
14 Farizah binti Ariffin Pensyarah 1250 farizahariffin
15 Jamilah binti Hussain Pensyarah 6200 jamilah
16 Laila binti Musa Pensyarah 6200 laila
17 Maizah binti Mohmad Som Pensyarah 6251 maizah
18 Majdi @ Abdul Hadi bin Ishak Pensyarah 6253 majdiishak
19 Mohamad Taher bin Kasa Pensyarah 6253 taher
20 Mohd Nizam bin Mat Isa Pensyarah 6249 / 6252 nizam
21 Mohd Shabri bin Hassan Pensyarah 1240 shabri
22 Mohd Shamsul bin Ismail Pensyarah 6200 mohdshamsul
23 Nadiah binti Idris Pensyarah 6251 nadiah
24 Nazura binti Puteh @ Arif Pensyarah 6252 nazura
25 Nor Ashikin binti Mohamad Isa Pensyarah 1240 ashikinisa
26 Nor Harlinda binti Harun Pensyarah 1251 harlinda
27 Norhasyila binti Minhat Pensyarah 6251 norhasyila
28 Nur Azreen Azriana binti Azham Pensyarah 6251 nurazreen
29 Nur Iliza binti Misnan Pensyarah 6258 iliza
30 Nurul Huda binti Mohamad Razali Pensyarah 6347 hudarazali
31 Nurul Izzati binti Mohd Noh Pensyarah 1245 izzati
32 Dr. Rashdan bin Rashid Pensyarah 6200 rashdanrashid
33 Rosasmanizan binti Ahmad Pensyarah 6252 rosasmanizan
34 Salasiah binti Noordin Pensyarah 1230 salasiah
35 Saptuah @ Saptuyah binti Marjiri Pensyarah 6251 saptuyah
36 Shaharoni binti Shafie Pensyarah 6200 shaharoni
37 Shukeri bin Mohamad Ros Pensyarah 6200 shukeri
38 Tengku Aroal Hawa Delaila binti Tengku Ahmad Pensyarah 1245 aroal
39 Tuan Zamilah binti Tuan Husain Pensyarah 6200 tuanzamilah

 

PROGRAM YANG DITAWARKAN

  1. Diploma Akauntansi (DAT)
  2. Diploma Sains Kesetiausahaan (DSK)
  3. Diploma Pengajian Perniagaan (DPM)

 

DIPLOMA AKAUNTANSI (DAT)

WWW https://www.facebook.com/programdatptss/

SINOPSIS PROGRAM

Diploma Akauntansi digubal khusus untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran serta pengalaman melalui pendidikan bersepadu dalam bidang-bidang seperti perakaunan, kewangan, pengauditan, percukaian, perakaunan kos dan juga pengetahuan dalam bidang pengurusan, teknologi maklumat, keusahawanan dan pembangunan kendiri. Pelajar bukan sahaja diajar secara teori asas kewangan dan perakaunan, malah mereka juga diberi pendedahan kepada pengalaman sebenar melalui program latihan industri. Matlamat program ini bukan sahaja melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran mengurus dan merekod kewangan tetapi juga graduan yang berfikiran usahawan. Setiap kursus yang dibina di dalam program ini adalah mengikut piawaian yang ditetapkan oleh badan-badan profesional perakaunan di Malaysia seperti Institut Akauntan Malaysia (MIA), IAS, MFRS, MQA dan IFAC. Program ini diterajui oleh pensyarah yang bukan sahaja berpengalaman dalam bidang pendidikan tetapi juga dalam bidang kewangan dan pengurusan. Selain bekerja dalam bidang perakaunan, graduan program ini berpeluang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi dan badan professional seperti ACCA.

 

PROSPEK KERJAYA

  • Pembantu Akauntan
  • Penolong Pengawal Kewangan
  • Penolong Juruaudit
  • Juruteknik Cukai
  • Usahawan

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lepasan SPM (Politeknik Konvensional/METrO)
    1. Warganegara Malaysia
    2. Memiliki SPM atau setaraf
    3. Lulus Bahasa Melayu
    4. Lulus Sejarah (SPM tahun 2013 ke atas)
    5. Lulus Bahasa Inggeris
    6. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
      1. Matematik
      2. Bahasa Inggeris
      3. DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya.
    7. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
  • Lulusan Selain SPM
    1. Warganegara Malaysia
    2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    3. Lulus Bahasa Melayu
    4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
    5. Mendapat kepujian dalam mata pelajaran Matematik
    6. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:
      1. Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
        • Sijil Pemasaran
        • Sijil Pemprosesan Data
        • Sijil Pengajian Perniagaan
        • Sijil Penyimpanan Kira
      2. Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
        • Sijil Pengkeranian Akaun
        • Sijil Perakaunan
        • Sijil Perakaunan Perniagaan
      3. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
        • ACCOUNT SUPERVISOR (AA-010-3)
        • Pegawai Pentadbiran Kredit (FB-040-3)
        • Pegawai Perhubungan Akaun (FB-020-3)
        • Pembantu Audit (FB-010-3)
        • Pembantu Audit Dalaman (FB-050-3)
        • Pembantu Percukaian (FB-080-3)
        • Penganalisa Kredit (FB-030-3)
        • Perakaunan (FB-100-3:2012)
        • Perakaunan Pengeluaran Filem (AC-066-3:2013)
  • Lulusan APEL
    1. Warganegara Malaysia
    2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
    3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

 

DIPLOMA SAINS KESETIAUSAHAAN (DSK)

SINOPSIS PROGRAM

Diploma Sains Kesetiausahaan membangunkan keupayaan pelajar untuk menghasil dan menguruskan dokumen pejabat dengan sewajarnya, mencipta pembentangan atau cadangan, mengurus teknologi maklumat, menganjurkan acara dan pada masa yang sama menggambarkan personaliti yang menyenangkan. Program ini akan melengkapkan pelajar dengan pengetahuan professional setiausaha dan membantu pelajar menjadi pekerja separuh profesional di sector swasta dan awam. Oleh itu, program ini telah direka dengan kemahiran yang tidak ternilai untuk mempersiapkan para pelajar menghadapi persekitaran kerja yang mencabar. Ia merangkumi pelbagai bidang pengetahuan dan kemahiran seperti Kemahiran Menaip Pantas, Pemprosesan Dokumen, Shorthand, Trengkas, Pentadbiran Pejabat, Perisian Aplikasi Pejabat, Pembangunan Keperibadian, Pengurusan Acara dan Perakaunan Perniagaan. Program Sains Kesetiausahaa nmelengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kebolehan yang diperlukan untuk membantu dalam pelbagai kerja pentadbiran dalam mana-mana organisasi atau industri.

 

PROSPEK KERJAYA

  • Setiausaha
  • Pembantu Peribadi
  • Eksekutif Pentadbiran
  • Koordinator Acara
  • Eksekutif Sumber Manusia
  • Eksekutif Perhubungan Awam
  • Usahawan

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lepasan SPM (Politeknik Konvensional/METrO)
    1. Warganegara Malaysia
    2. Memiliki SPM atau setaraf
    3. Lulus Sejarah (SPM tahun 2013 ke atas)
    4. Mendapat TIGA (3) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
      1. Bahasa Melayu
      2. Bahasa Inggeris
      3. SATU (1) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya.
  • Lulusan Pra Diploma Politeknik
    1. Lulus Pra Diploma Perdagangan
  • Lulusan Selain SPM
    1. Warganegara Malaysia
    2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    3. Lulus Bahasa Melayu
    4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
    5. Mendapat sekurang-kurangnya SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
    6. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:
      1. Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
        • Sijil Pemasaran
        • Sijil Pemprosesan Data
        • Sijil Pengajian Perniagaan
        • Sijil Penyimpanan Kira
      2. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
        • CHIEF LEGAL CLERK (M-053-3)
        • EXECUTIVE CORPORATE SECRETARY (M-052-3)
        • Penyeliaan Pengurusan Pejabat (FB-024-3:2012)
        • Setiausaha Korporat Eksekutif (FB-025-3:2012)
  • Lulusan APEL
    1. Warganegara Malaysia
    2. Mendapat sijil APEL (Accreditation of Prior Experiential Learning) daripada MQA untuk kemasukan ke diploma (Tahap 4)
    3. Mempunyai pengalaman bekerja dalam bidang berkaitan

 

DIPLOMA PENGAJIAN PERNIAGAAN (DPM)

SINOPSIS PROGRAM

Diploma Pengajian Perniagaan bertujuan untuk meningkatkan dan memperkayakan pengetahuan pelajar merentas pelbagai bidang perniagaan serta menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran kerjaya dalam perniagaan kontemporari. Bidang pengajian yang dipelajari adalah dinamik dan pelajar akan memperolehi pengetahuan dan kemahiran dalam pelbagai bidang seperti pentadbiran, pengurusan sumber manusia, perakaunan, kewangan, pemasaran, insurans, perbankan dan pelaburan, pengurusan operasi serta keusahawanan. Rangka kerja kursus yang fleksibel membolehkan pelajar memilih laluan yang sesuai dengan minat mereka, sama ada untuk memasuki pasaran kerja atau meneruskan pengajian mereka dalam pelbagai program perniagaan yang selaras dengan perkembangan perniagaan semasa.

 

PROSPEK KERJAYA

Program ini direkabentuk bagi melengkapkan pelajar dengan pengetahuan yang dan kemahiran yang komprehensif dalam bidang yang berkaitan perniagaan dan keusahawanan. Graduan bidang ini mempunyai peluang kerjaya seperti di bawah:

  • Penolong Pembantu Tadbir
  • Penolong Pengurus
  • Eksekutif Pemasaran dan Jualan
  • Eksekutif Sumber Manusia
  • Usahawan
  • Usahawan e-Dagang
  • Pegawai Pembangunan Perniagaan
  • Penyelidik Perniagaan
  • Pegawai Operasi
  • Pegawai atau Agen Insuran

 

SYARAT KEMASUKAN

  • Lepasan SPM (Politeknik Premier)
    1. Warganegara Malaysia
    2. Memiliki SPM atau setaraf
    3. Lulus Sejarah (bagi SPM tahun 2013 ke atas)
    4. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mata pelajaran berikut:
      1. Bahasa Melayu
      2. Bahasa Inggeris
      3. Matematik
      4. DUA (2) mata pelajaran lain yang belum diambilkira kepujiannya.
    5. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau masalah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
  • Lepasan SPM (Politeknik Konvensional/METrO)
    1. Warganegara Malaysia
    2. Memiliki SPM atau setaraf
    3. Lulus Bahasa Melayu
    4. Lulus Sejarah (SPM tahun 2013 ke atas)
    5. Lulus Bahasa Inggeris
    6. Lulus Matematik
    7. Mendapat LIMA (5) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
    8. Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta), pendengaran, fizikal atau maslaah pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali
  • Lulusan Pra Diploma Politeknik
    1. Lulus Pra Diploma Perdagangan
  • Lulusan Selain SPM
    1. Warganegara Malaysia
    2. Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
    3. Lulus Bahasa Melayu
    4. Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
    5. Mendapat sekurang-kurangnya SATU (1) kepujian dalam mana-mana mata pelajaran
    6. Lulus pengajian peringkat Sijil seperti berikut:
      1. Sijil Politeknik Tahap 3, KKM
        • Sijil Pemasaran
        • Sijil Pemprosesan Data
        • Sijil Pengajian Perniagaan
        • Sijil Penyimpanan Kira
      2. Sijil Kolej Komuniti Tahap 3, KKM
        • Sijil Dandanan Rambut
        • Sijil Pengkeranian Akaun
        • Sijil Pengoperasian Perniagaan
        • Sijil Perakaunan
        • Sijil Perakaunan Perniagaan
        • Sijil Terapi Kecantikan dan Spa
      3. Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3
        • HUMAN RESOURCE SUPERVISOR (FB-070-3)
        • Operasi Jualan dan Pemasaran (FB-018-3:2012)
        • Operasi Jualan (DT-020-3:2011)
        • Operasi Perdagangan Runcit (DT-014-3:2014)
        • Pemprosesan Data Sumber Manusia (FB-077-3:2013)
        • Pentadbiran Industri (FB-023-3:2012)
        • Penyelia Desa (FB-017-3)
        • Perkhidmatan Sokongan Pembangunan Sumber Manusia (FB-075-3:2012)
        • Perkhidmatan Sokongan Perundingan Sumber Manusia (FB-076-3:2013)
        • Perkhidmatan Sokongan Sumber Manusia (FB-070-3:2013)

INFORMASI

Pauh Inn

Kalendar Akademik

PoliTV PTSS

Peperiksaan MUET Tahun 2019

PENAFIAN

Penafian Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman web ini.
Dasar Privasi Dasar Privasi
Dasar Keselamatan Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Alamat Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon 604 988 6200
Faks 604 988 6300
E-mel aduan[at]ptss.edu.my
info[at]ptss.edu.my
Facebook PoliteknikmalaysiaPTSS