PEMIMPIN PERLU MENJADI IKON PELAJAR

Arau – “Pemimpin perlu menjadi icon pelajar dan bakal pemimpin perlu tunaikan dan jalankan amanah seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihanraya”, Dr Mohd Zahari Ismail, Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis berkata demikian dalam ucapan beliau kepada bakal pemimpin pelajar sebelum mengumumkan keputusan Pilihanraya Kampus Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS) bagi tahun 2018 yang telah diadakan. Menurut beliau lagi, pemimpin pelajar perlulah menyokong sistem yang diamalkan di politeknik dan janganlah memberikan masalah kepada sistem politeknik tetapi pemimpin pelajar seharusnya membantu meningkat imej politeknik dan menjaga kebajikan pelajar.

Piliharaya ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 20 Disember 2017 yang lalu. Proses pengundian berlangsung di Dewan Harumanis ,PTSS bermula jam 8.00pagi dan berakhir pada jam 4.00petang.Pilihanraya ini diadakan bertujuan untuk memilih wakil untuk Majlis Perwakilan Pelajar PTSS bagi tahun 2018. Seramai 27 orang calon bertanding bagi menjadi wakil dalam Majlis Perwakilan Pelajar PTSS 2018. 27 orang calon yang bertanding tersebut adalah wakil dari pelbagai jabatan di PTSS.Seramai 2910 orang pengundi yang layak telah mengundi dalam pilihanraya yang telah diadakan.

Pada pilihanraya kali ini pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah mengunakan Sistem E-Vote bagi memudahkan pengundian dijalankan.Pilihanraya telah diadakan serentak diseluruh politeknik di Malaysia. Mohd Ruslan Salikin, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PTSS, berkata, “Pilihanraya kampus yang diadakan ini merupakan Pilihanraya Kampus yang paling berjaya diadakan dengan peratusan keluar mengundi antara yang paling tinggi diantara Politeknik Malaysia iaitu 94.50 peratus daripada jumlah pelajar yang layak mengundi 2910 orang.Ini menunjukkan kesedaran tentang tanggungjawab pelajar untuk mengundi semakin meningkat”.Menurut beliau lagi, pilihanraya ini didominasi dengan calon lelaki yang bertanding paling ramai iaitu 18 orang manakala calon wanita hanya 9 orang sahaja untuk mengisi kekosongan 21 tempat Exco dalam Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dengan 2 lagi diisi secara oleh pihak politeknik.

Keputusan Pilihanraya Kampus PTSS 2018 telah diketahui pada tepat jam 4.30 petang pada hari berkenaan

PENAFIAN

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.

Dasar Privasi  •  Dasar Keselamatan

HUBUNGI KAMI

Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis

Telefon : 604 988 6200

Faks : 604 988 6300

E-mel : info[at]ptss.edu.my