banner-ptss.jpg
banner-aidiladha.png
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-aidiladha.png
apc-2024.jpg
banner-jke-etac.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-jke-etac.jpg
banner-kpi-polycc-2.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-kpi-polycc-2.jpg
banner-plastic-reset-day.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-plastic-reset-day.jpg
banner-amalan-eksa.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-amalan-eksa.jpg
banner-smartgreen.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-smartgreen.jpg
banner-maklum-balas.png
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-maklum-balas.png
Sekalung tahniah diucapkan kepada semua 24 orang peserta yang terdiri daripada pihak industri dan pelajar PTSS dalam menjayakan Program Pensijilan Halal Eksekutif anjuran Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis.
Program ini telah bermula pada 6 September 2020. Pada hari ini telah diadakan Majlis Penutupan Program Pensijilan Eksekutif Halal Anjuran Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Sijil telah disampaikan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), Encik Rosnizam bin Kamis.
Untuk makluman, jumlah keseluruhan graduan Halal Eksekutif PTSS kini menjangkau 119 individu yang merangkumi 4 kumpulan peserta sejak dari awal pelancaran program. Peserta ini termasuk pekerja yang sedang berkhidmat dalam industri. Mereka memilih untuk menyertai program ini bagi melayakkan mereka mendapat sijil professional eksekutif halal. Dengan sijil tersebut mereka akan layak memegang jawatan Eksekutif Halal di sesebuah syarikat.
Bagi peserta yang merupakan pelajar, ini merupakan program yang boleh menambah nilai serta meningkatkan peluang kebolehpasaran apabila mereka tamat pengajian nanti. Semua pelajar yang menyertai program ini adalah pelajar semester akhir program Diploma Penyediaan Makanan (Amalan Halal) Jabatan Pelancongan dan Hospitaliti (JPH) PTSS.
Semoga ilmu yang dipelajari dapat dipraktikkan dalam amalan pengurusan halal di lapangan dgn berkesan. TAHNIAH kepada semua peserta dan SYABAS kepada semua tenaga pengajar. Ini adalah bukti keupayaan PTSS sebagai Pusat Penyedia Latihan Halal yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
#SijilEksekutifHalal #ULPLPTSS #JAKIM
TAHNIAH diucapkan kepada Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS), Mejar (K) Abdul Malek bin Hassan yang telah menerima tauliah di Majlis Penganugerahan Tauliah Kehormat dalam Angkatan Simpanan Persekutuan Rejimen 504 Askar Wataniah yang disempurnakan oleh DYTM Tuanku Komander Rejimen 504 Askar Wataniah iaitu Tuanku Raja Muda Perlis.
TAHNIAH diucapkan kepada semua barisan pemegang jawatan baharu di PTSS. Semoga lantikan ini akan membawa PTSS terus cemerlang dengan kepimpinan professional yang kukuh dan pengalaman tadbir urus yang terbaik. Kami, seluruh warga PTSS menyokong dan akan memberi komitmen sebaik mungkin. Selamat Bertugas semua!
Pada 16 Jun 2020 telah berlangsungnya Majlis Penyerahan Geran Penyelidikan TVET Applied Research Grant Scheme (T-ARGS) 2020. Majlis ini telah dirasmikan oleh YBhg. Ts. Dr. Mohammad Naim bin Yaakub, Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.
Sebanyak dua (2) projek penyelidikan daripada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) telah diluluskan. PTSS menerima dua geran daripada 14 projek penyelidikan yang telah diluluskan bagi fasa 2020 ini. Penerima geran yang pertama ialah projek "Development of Real-Time Monitoring System for Pest and Disease Control in Mango Farm using Integration of Mobile Robot and IoT Technology". Geran penyelidikan ini berjumlah RM 57,000. Penyelidikan ini diketuai oleh Encik Mohd Amirul bin Johari dan ahli-ahlinya terdiri daripada Encik Hashimi bin Lazim, Dr. Syahrul Hi-Fi Syam bin Ahmad Jamil, Ts. Erdy Sulino bin Mohd Muslim Tan dan Encik Mohd Yuzaidi bin Azmi.
Geran yang kedua ialah kepada projek penyelidikan "Sistem Penimbang Ikan Bersepadu" dengan nilai geran sebanyak RM 66,000. Ketua penyelidik projek ini ialah Encik Mohd Zahri bin Jaafar dan ahli-ahlinya ialah Puan Nazni Hani binti Arshad, Encik Azahar bin Mohd Noor, Encik Muffili bin Mahadi dan Puan Noor Fadzilah binti Mahamad.
TAHNIAH diucapkan kepada semua penerima Geran Penyelidikan TVET Applied Research Grant Scheme (T-ARGS) 2020. Penyelidikan ini diharap dapat meningkatkan kolaborasi yang berfokus dan pemindahan teknologi yang bersesuaian untuk membantu meningkatkan perusahaan kecil dan sederhana serta perkongsian ilmu kepada pendidik dan juga komuniti yang berkepentingan. Semoga kedua-dua projek ini dapat dijalankan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan. SYABAS juga diucapkan kepada Unit Penyelidikan, Inovasi dan Pengkomersilan, PTSS yang telah membantu memudahkan permohonan geran penyelidikan ini.
Pautan berita: PTSS Edar Bubur Lambuk, Rai Ramadan Dalam Tempoh PKPB
Pautan berita: COVID-19 : PTSS Sumbang Pelindung Muka Bantu Pejuang Barisan Hadapan
Arau - "Pilihanraya kampus diadakan ini dapat mewujudkan semangat demokrasi pelajar bagi memilih pemimpin pelajar yang berwibawa dan mampu membawa perubahan kepimpinan pelajar ke arah jati diri yang tinggi dengan kepimpinan kerana ia membentuk jati diri untuk mengesahkan diri mereka yang layak menjadi pemimpin di dalam kampus," Roseliza Dato’ Shaari, Timbalan Pengarah Akademik, Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis berkata demikian dalam ucapan beliau kepada bakal pemimpin pelajar sebelum mengumumkan keputusan Pilihanraya Kampus Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin,Perlis (PTSS) bagi tahun 2020 yang telah diadakan.
Menurut beliau lagi, Pilihanraya Kampus adalah sesuatu aktiviti yang sihat dan memberikan peluang pembelajaran kepada pelajar. Selain belajar menjadi pemimpin, pelajar juga berpeluang belajar tentang prosedur pemilihan melalui pengundian, terdedah kepada amalan berkempen dan yang paling penting berpeluang memilih pemimpin masing-masing secara bebas dan rahsia. Katanya lagi, "Selain daripada itu, pelajar juga dapat belajar untuk menghormati pilihan undian calon majoriti jika pilihan sendiri mengalami kekalahan."
Piliharaya ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 8 Januari 2020 yang lalu. Proses pengundian berlangsung di Dewan Harumanis, PTSS bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Pilihanraya ini diadakan bertujuan untuk memilih wakil untuk Majlis Perwakilan Pelajar PTSS bagi tahun 2020. Seramai 35 orang calon bertanding bagi merebut jawatan Exco dalam Majlis Perwakilan Pelajar PTSS 2020 dan hanya 24 orang calon sahaja akan dilantik dalam Majlis Perwakilan Pelajar di PTSS dan 13 calon bertanding merebut Kerusi Jabatan. Seramai 3087 orang pengundi yang layak telah mengundi dalam pilihanraya yang telah diadakan.
Pada pilihanraya kali ini, pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar telah mengunakan Sistem E-Vote bagi memudahkan pengundian dijalankan. Pilihanraya telah diadakan serentak di seluruh politeknik di Malaysia. Rosnizam Kamis, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PTSS, berkata, "Pilihanraya kampus yang diadakan ini merupakan Pilihanraya Kampus yang paling berjaya diadakan dengan peratusan keluar mengundi antara yang paling tinggi di antara Politeknik Malaysia iaitu 96.54 peratus daripada jumlah pelajar yang layak mengundi 3,087 orang. Ini menunjukkan kesedaran tentang tanggungjawab pelajar untuk mengundi semakin meningkat."
Nik Ameerul Uwais Rostam Afandi dari Jabatan Rekabentuk dan Komunikasi Visual mendapat undi paling tinggi sebanyak 819 undian, Ahmad Aizzat Abdul Karim dari Jabatan Perdagangan mendapat undi kedua tertinggi sebanyak 735 undian dan Muhammad Najmi Syazli Shahar pula mendapat undi ketiga tertinggi sebanyak 672. Menurut Nik Ameerul Uwais Rostam Afandi, calon yang mendapat undi paling tinggi, beliau tidak menyangka akan dipilih sebagai calon yang mendapat undi paling tinggi bagi pilihanraya kali ini. Beliau berikrar akan bekerja keras untuk memastikan kebajikan pelajar terpelihara dan pelajar politeknik ini akan mendapat kemudahan yang baik dalam menjalani kehidupan sebagai pelajar di kampus ini.
Keputusan Pilihanraya Kampus PTSS 2020 telah diketahui pada tepat jam 4.30 petang pada hari berkenaan.
E-mel Rasmi Kakitangan (MyGovUC 3.0)
Sistem Aduan Kerosakan (UPP2U)
Sistem Koleksi Maklumat (KOLAM)
Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP)
Sistem Pemantauan Operasi Tugas (SPOT-Me)
Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS 2.0)
Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan (eSPGL)
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon : 604 988 6200
Faks : 604 988 6300
E-mel : info[at]ptss.edu.my