banner-ptss.jpg
banner-aidiladha.png
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-aidiladha.png
apc-2024.jpg
banner-jke-etac.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-jke-etac.jpg
banner-kpi-polycc-2.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-kpi-polycc-2.jpg
banner-plastic-reset-day.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-plastic-reset-day.jpg
banner-amalan-eksa.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-amalan-eksa.jpg
banner-smartgreen.jpg
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-smartgreen.jpg
banner-maklum-balas.png
http://www.ptss.edu.my/v9/images/banners/banner-maklum-balas.png
Seramai 6 orang pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) telah menerima pentauliahan Akrab Siswa Politeknik Malaysia baru-baru ini daripada 87 penerima dari seluruh Politeknik Malaysia. Mereka terdiri dari Ummi Azeera Abdul Shukor, Nur Airah jusoh, Nurul Asmah Abdullah, Aida Syazlin Nazri, Muhammad Syafiq dan Nurul Fatimah Abdullah. Mereka semua adalah Ahli Pembimbing Rakan Siswa Politeknik dari program Diploma Teknologi Maklumat Rangkaian, Diploma Kesetiausahaan, Diploma Amalan Makanan Halal dan Diploma Pengurusan Teknologi Digital. Kesemua pelajar berkenan adalah terdiri dari pelajar dalam semester 3 dan 4. Sehingga kini seramai 19 orang pelajar PTSS telah berjaya ditauliahkan. Jumlah keseluruhan Akrab Siswa yang berjaya ditauliahkan di seluruh Politeknik Malaysia adalah seramai 511 orang sejak tahun 2015 hingga kini.
Dr Mohd Rusdi Mohamood, Pengarah Kanan Kompetensi, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dalam ucapan perasmian berkata, "Pelaksanaan Akrab Siswa merupakan satu langkah tepat dalam menjana modal insan yang lebih menyeluruh. Akrab Siswa juga merupakan pemangkin kepada program Transformasi Malaysia".
Akrab juga merupakan akronim kepada Amanah, Komitmen, Rasional, Akhlak dan Bestari. Objektif Akrab Siswa ini diadakan ialah untuk melatih dan meningkatkan kemahiran menerusi "upskiling" Pembimbing Rakan Siswa Politeknik (PRSP) agar memenuhi kelulusan sebagai ahli AKRAB Siswa. Pelajar juga diterapkan dengan pendekatan psikologi dan kaunseling dalam pengurusan bimbingan siswa secara profesional.Meraka juga dilatih untuk pembentukan kelompok melalui "Training Of Trainers" PRSP atau perantara yang terlatih dan bertauliah. Program ini juga melahirkan pembimbing yang mampu membimbing mahasiswa lain bagi menghadapi permasalahan, cabaran dalam menghadapi perubahan persekitaran, pembelajaran dan meningkatkan potensi diri secara holistik melalui kaedah kemahiran menolong semasa proses bimbingan.
Timbalan Pengarah Kanan, Bahagian Pengurusan Teknologi dan Piskologi, Jabatan Perkhidmatan Awam, Dr Abd Jalil Hassan pulak dalam ucapan aluan berkata, "Akrab merupakan satu nilai tambah kepada pelajar kerana mereka diajar pelbagai perkara berkaitan kaunseling sama seperti yang dipelajari oleh kakitangan awam. Akrab juga mampu menjadi penyaring utama kepada rakan sekerja yang bermasalah sekali gus dapat mengurangkan tekanan bekerja di kalangan penjawat awam".
Majlis Pentaulihan Akrab Siswa Politeknik Malaysia ini telah diadakan di Dewan Harumanis, PTSS. Turut hadir dalam majlis pentauliahan ini ialah Abdul Malek Hassan, Pengarah PTSS, Mohd Nor Shahudin, Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Muad’zam Shah, Mohd Fisal Haroon, Pengarah Politeknik Balik Pulau dan Politeknik Malaysia yang lain.
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis baru-baru ini telah menganjurkan "International Conference On Research In TVET Studies 2018" (ICOR TVET) yang berlangsung di Bandaraya Ho Chi Minh, Vietnam pada 10 September 2018. Seminar ini telah diadakan dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan juga IPN Education Group (IPN.org).
Ini merupakan kali kedua pihak PTSS berkerjasama menganjurkan seminar di peringkat antarabangsa. Tema seminar ini ialah "Leveraging TVET". Dalam seminar yang diadakan ini sebanyak 72 kertas penyelidikan telah dibentangkan. Politeknik Malaysia dan Kolej Komuniti membentangkan sebanyak 69 kertas penyelidikan, 1 kertas penyelidikan dibentangkan dari Universiti Putra Malaysia dan 2 dari univeristi luar negara iaitu dari Bangladesh dan Jepun. Walaupun baru kali kedua PTSS mengadakan seminar ini di peringkat antarabangsa, ianya telah menarik minat universiti dari luar seperti dari Bangladesh dan Jepun untuk turut sama menyertai seminar yang diadakan ini. PTSS berharap seminar yang diadakan ini akan menarik minat lebih ramai lagi pensyarah dari PTSS, Politeknik Malaysia, Kolej Komuniti Malaysia dan juga universiti lain untuk menulis kertas penyelidikan dalam bidang TVET bagi memperkasakan TVET di Malaysia.
Ucaptama seminar ini telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Malaysia (Governan), Ts. Haji Mohamad Amin Hamat dengan tajuk "Leveraging TVET". Kejayaan penganjuran Seminar "ICOR TVET 2018" ini merupakan sesuatu yang bermakna kerana ia telah berjaya memperkenalkan PTSS dan negara Malaysia di peringkat antarabangsa dan juga mengharumkan nama negeri Perlis di mana terletaknya PTSS sebagai salah satu daripada pusat pendidikan TVET.
"Politeknik Negeri Medan, Indonesia ingin bekerjasama dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal dengan Politeknik Tuanku Syed Sirajudin, Perlis. ihak Politeknik Negeri Medan juga ingin mengadakan program kemasyarakatan bersama, sama ada di Indonesia mahu pun di Malaysia”, kata Dr Johnny Hasnan, Pensyarah Kanan, Politeknik Negeri Medan, Indonesia.
Menurut beliau lagi, Politeknik Negeri Medan turut menawarkan kerjasama untuk mengadakan kolaborasi dengan PTSS dalam pelbagai bidang mengikut persetujuan bersama. Katanya lagi bidang pengajian yang ada di PTSS mempunyai banyak persamaannya dengan Politeknik Negeri Medan kerana mereka turut menawarkan pengajian di peringkat diploma dalam kejuruteraan mekanikal. Beliau berkata demikian dalam lawatannya bersama 15 orang pelajar dan 2 orang pensyarah di PTSS baru-baru ini.
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Jamazuki Othman dalam ucapan balasnya berkata, "Sewajarnya, kedua-dua belah pihak berkongsi kepakaran dan pengetahuan khususnya dalam memajukan pendidikan dalam mencapai hasrat kerajaan untuk memajukan Industri 4.0". Menurut beliau lagi, seharusnya kepakaran yang ada antara dua institusi ini dapat dikongsi bersama dalam memajukan sistem pendidikan di kedua-dua negara yang berjiran. Tambah beliau lagi, pada dasarnya PTSS bersetuju untuk mengadakan kolaborasi dengan Politeknik Negeri Medan dan Majlis Menandatangani Kolaborasi tersebut dijangka akan diadakan di Politeknik Negeri Medan, Indonesia Oktober 2018 nanti.
Turut hadir Ketua Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Nadzri Che Kamis, Rosnizam Kamis, Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar PTSS dan Ahli-ahli Mesyuarat Pengurusan PTSS. Dalam sesi taklimat yang disampaikan Jamazuki, rombongan itu diberi pendedahan mengenai politeknik, bidang pengajian yang ditawarkan, prasarana disediakan seperti kemudahan pembelajaran dan keistimewaan di PTSS.
Mereka juga turut dibawa melawat ke Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Kejuruteraan Elektrik PTSS. Rombongan ini turutjuga dibawa melawat ke industri iaitu Malaysian Sugar Manufacturer Sdn. Bhd. (Kilang Gula), Chuping, Perlis.
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS) menjadi Johan keseluruhan dalam Pertandingan Tilawah dan Hafazan Politeknik Malaysia 2018. Pelajar PTSS, Muhammad Fitri Adnan mendapat tempat pertama (Johan) dan Hanis Munirah Mohammad Zohir mendapat tempat kedua (Naib Johan) dalam Pertandingan Hafazan ini. Muhammad Fitri juga turut mendapat tempat ketiga dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran yang berlangsung pada 12-14 Ogos 2018 lalu di Politeknik Merlimau Melaka.
Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan, berkata, "Ini merupakan pencapaian terbaik pelajar PTSS dalam Pertandingan Tilawah dan Hafazan Politeknik Malaysia 2018 dan merupakan satu sejarah kerana pertama kalinya pelajar PTSS memenangi Johan Keseluruhan dalan pertandingan hafazan dan mengharumkan nama PTSS dan juga Negeri Perlis. Tanpa usaha dan latihan yang bersungguh-sungguh oleh pelajar dan jurulatih kejayaan ini tidak mungkin akan tercapai". Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Ustazah Zuraiha Mohd Zain, Ustazah Suhaila Mustaffa dan juga jurulatih Ustaz Nik Mohd Sofri Nik Abdul Hamid serta Ustazah Rosmawati Razak kerana atas usaha mereka PTSS berjaya menjadi Johan Keseluruhan dalam Pertandingan Hafazan dan tempat ketiga dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran.
Pelajar PTSS, Muhammad Fitri Adnan berkata, "Saya terharu dengan kemenangan ini dan tidak menjangka mendapat pertama dalam pertandingan hafazan. Kemenangan ini merupakan sesuatu yang bermakna pada diri saya dan juga PTSS". Menurut beliau lagi, kejayaan ini tak mungkin dapat dicapai tanpa bimbingan dari pensyarah PTSS yang menjadi jurulatih mereka.
Hanis Munirah Mohammad Zohir pula berkata, "Saya berasa gembira dengan kejayaan ini. Walau pun mendapat mendapat tempat kedua dalam pertandingan hafazan tapi ia memberikan pengalaman yang amat bermakna kerana ia melibatkan pertandingan dengan pelajar dari politeknik di seluruh Malaysia".
Pertandingan Tilawah dan Hafazan Peringkat Politeknik Malaysia 2018 ini merupakan pertama kali diadakan dengan penyertaan dari 27 Politeknik dan 3 Kolej Komuniti dengan matlamat menggalakkan pembacaan dan pembelajaran dan hafazan ayat-ayat suci Al-Quran dikalangan pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh Malaysia.
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis menang pingat emas dalam "National Abilympics Competition 2018". Pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis, Wan Muhammad Hafizunif Wan Roslan telah memenangi Pingat Emas dalam dalam kategori Cake Decoration dalam pertandingan yang diadakan di Kolej Komuniti Selayang ,Selangor baru-baru ini. Kejayaan yang dicapai oleh beliau melayakkan beliau ke Pertandingan 10th International Abilympics 2020 di Shanghai, China. PTSS juga turut memenangi Pingat Perak melalui Nurul Murfiqah Muda dalam kategori Restaurant Service dan Pingat Gangsa diperolehi melalui Hot Cooking oleh Muhammad Hiesyamudin Hisham.
Pengarah PTSS, Abdul Malek Hassan berkata, "Ini merupakan pencapaian terbaik pelajar PTSS dalam pertandingan ini ia dan merupakan satu sejarah kerana pertama kalinya pelajar PTSS memenangi pingat emas dalam pertandingan yang kali kedua diadakan. Tanpa usaha dan latihan yang bersungguh-sungguh oleh pelajar dan jurulatih kejayaan ini tidak mungkin akan tercapai". Beliau turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Penyelaras Pertandingan Abilympics PTSS, Rabiatul Adawiyah Ismail, Ketua Kontinjen, Norhaizan Mehat, Jurubahasa, Nor Haslynda Amat Kamisan dan juga 3 orang jurulatih pelajar-pelajar ini kerana membawa pulang tiga pingat dalam pertandingan ini.
Rabiatul Adawiyah pula berkata, "Tanpa sokongan daripada pihak pengurusan dan usaha yang bersungguh-sungguh daripada pelajar-pelajar ini tidak mungkin kejayaan ini dapat dicapai dan saya berasa bangga dengan komitmen yang telah ditunjukkan oleh mereka hingga boleh membawa pulang 3 pingat iaitu Pingat Emas, Pingat Perak dan Pingat Gangsa dalam kategori yang dipertandingkan". Tambah beliau lagi, pelajar-pelajar OKU ini memberikan sepenuh komitmen hingga membolehkan kejayaan ini dicapai dengan jayanya.
"National Abilympics Competition 2018" merupakan pertandingan kemahiran yang diadakan untuk orang kelainan upaya (OKU) yang terdiri dari pelajar Institusi Pendidikan Tinggi Awam dan swasta dan juga orang perseorangan. Presiden Majlis Pemulihan Malaysia (MCR), Datin Paduka Khatijah Sulieman berkata," Abilympics berasal dari perkataan 'Olympic of Abilities’ iaitu pertandingan kemahiran pekerjaan atau vokasional untuk golongan kurang upaya yang diadakan 4 kali setahun. Ia diadakan pertama kalinya di Tokyo, Jepun pada tahun 1981, disusuli dengan pertandingan di Colombia, Hong Kong, Australia (1995) yang menyaksikan MCR membawa delegasi OKU Malaysia untuk penyertaan pertama kalinya 9th International Abilympics pada tahun 2016".
Menurut beliau lagi, pertandingan pada tahun 2016 menyaksikan Malaysia menghantar wakil dalam kategori Masakan dan Menghias Kek buat julung kalinya. MCR merupakan penyelaras kebangsaan dan antarabangsa bagi Abilympics, di mana MCR bertanggungjawab memilih peserta OKU yang berkelayakan untuk bertanding di pertandingan ‘International Abilympics’ kali ke 10 yang akan diadakan pada tahun 2020 di Shanghai, China. Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan dalam Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Abilympics Peringkat Kebangsaan 2018 di Dewan Pameran, Kolej Komuniti Selayang, Selangor baru-baru ini. Majlis ini dirasmikan penutupannya oleh Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Zainab Ahmad. Sebanyak 15 kategori kemahiran telah dipertandingkan pada pertandingan kali ini. Pertandingan telah diadakan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti dan MCR.
Bekas Pengarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis (PTSS), Dr Mohd Zahari Ismail menyerahkan tugas kepada Pengarah PTSS yang baharu, Abdul Malek Hassan dalam satu majlis di PTSS baru-baru ini. Dr Mohd Zahari Ismail bertukar sebagai Pengarah, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor setelah mendapat kenaikan pangkat Jusa C (memangku).
Abdul Malek Hassan berkata, majlis penyerahan yang berlangsung itu memperlihatkan kesungguhan pegawai tinggi Politeknik Malaysia mempunyai iltizam yang tinggi untuk meneruskan dasar sedia ada dalam memacu politeknik ke arah kecemerlangan demi melahirkan pelajar yang berkualiti dan berwibawa dalam membangunkan negara.
"Kita hari ini adakan majlis ini demi untuk meneruskan kecemerlangan yang sedia ada dan memacu pendidikan kearah kecermerlangan yang lebih baik lagi dengan penambaikan yang akan kita laksanakan demi melahirkan generasi pelajar yang serba boleh dalam pelbagai bidang dan juga pelajar yang boleh menjadi pemimpin dimasa akan datang".
"Tahniah kepada Dr Mohd Zahari kerana telah memacu PTSS sehingga menempa banyak kejayaan. Kita juga akan pastikan idea-idea bernas yang beliau utarakan dapat diteruskan dengan beberapa penambahbaikan," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Serah-Terima Tugas Mantan Pengarah PTSS di sini hari ini.
Dalam pada itu, Dr Mohd Zahari berkata, warga PTSS setakat ini telah berjaya membawa lonjakan dalam sektor pendidikan tinggi serta menjadikan PTSS sebagai politeknik antara paling inovatif.
Katanya, kejayaan berkenaan adalah berlandaskan Pelan Strategik PTSS justeru, ia perlu diteruskan bagi memastikan segala lonjakan yang terkandung dalamnya dapat dizahirkan sebaik-baiknya.
"Saya memohon maaf kepada semua warga PTSS sepanjang saya bertugas di sini. Saya harap PTSS akan diberikan kebaikan dan pertunjuk untuk terus berjaya," katanya.
Turut hadir dalam Majlis Serah Tugas tersebut ialah Timbalan Pengarah Akademik, Roseliza Dato’ Shaari, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Jamazuki Othman, Ketua-ketua Jabatan, Ketua-ketua Unit dan Ahli Mesyuarat Pengurusan yang lain.
Program dua hari anjuran bersama Jabatan Pengajian Am, Unit Keusahawanan PTSS dan Imtiyaz Travel & Tours ini bermatlamat untuk melahirkan lebih ramai golongan mutawif dan mutawwifah Malaysia yang bertauliah selain memberi peluang kerjaya dalam bidang keusahawanan dalam kalangan pelajar selepas menamatkan pengajian.
Penyertaan
Seramai 27 peserta telah menghadiri dan berjaya mendapat Sijil Profesional Mutawwif/ah dan Pembimbing Ziarah Islam (Tahap 1). 14 orang di antara peserta tersebut adalah pelajar-pelajar PTSS.
Penceramah
Impak
Susulan daripada kursus ini:
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Perlis baru-baru memperkasakan kolaborasi yang ditandatangani pada tahun lalu dengan DagangHalal plc dengan mengadakan Mesyuarat Memperkasakan Kolaborasi yang telah diadakan bersama Dagang Halal plc di Hotel Park Avenue, Sungai Petani, Kedah.
Dr. Mohd Zahari dalam ucapan aluan berkata, ”Jalinan hubungan yang baik adalah sangat penting bagi memudahkan pihak industri memberikan input yang positif dalam menyumbang kepada perkembangan pendidikan. Ianya juga akan meningkatkan peluang pelajar dan tenaga pengajar dalam meningkatkan kemahiran yang sedia ada juga untuk memenuhi keperluan kehendak semasa industri”. Katanya lagi, beliau juga akan memastikan jalinan kerjasama dengan Dagang Halal plc ini berjalan berterusan dan setiap aktiviti dapat memberikan impak positif kepada pelajar, PTSS, komuniti setempat, pihak industri itu sendiri dan juga Negeri Perlis.
Menurut beliau lagi, kerjasama yang dirancang bersama DagangHalal plc ialah untuk menubuhkan Pusat Latihan Halal yang diktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),memberi latihan dan mendapatkan pentaulihan kepada tenaga pengajar PTSS sebagai nilai tambah kepada kepakaran yang mereka ada. Di samping itu juga pihak PTSS akan bekerjasama dengan Dagang Halal plc untuk pengujian alat yang dinamakan “Air Reformer” di PTSS sebagai salah satu permulaan untuk kajian Industri 4.0 yang akan diselia oleh Jabatan Kejuruteraan Mekanikal PTSS.
Pengerusi DagangHalal plc, Datuk Muhadzir Mohd Isa berkata dalam ucapan balasnya, ”Pihak Dagang Halal plc amat mengalu-alukan usaha pemerkasaan ini, keujudan dua entiti ini sebenarnya saling lengkap melengkapi, jika kita lihat peranan politeknik itu sendiri bukan hanya terbatas dalam ruang lingkup penciptaan dan penyebaran ilmu, malah ia lebih dari itu, politeknik juga berperanan dalam memastikan graduan yang dilahirkan kelak dapat memenuhi keperlua industri”. Katanya lagi, bagi pihak industri pula, mereka melihat Politeknik sebagai sumber utama bagi memenuhi keperluan tenaga mahir yang diperlukan untuk memacu organisasi mereka agar terus kekal kompetitif untuk berhadapan dengan cabaran masa kini.
Menurut Datuk Muhadzir lagi, ”Peranan politeknik dan industri berbeza dan mempunyai skop tersendiri walaupun ada persamaannya. Pada pandangan saya, kekuatan industri adalah bergantung kepada politeknik. Kitaran hidup industri menjadi pendek sekiranya tiada sokongan penyelidikan daripada politeknik dan juga produk politeknik perlu relevan bagi memastikan setiap industri untuk terus berkembang.”
Dalam mesyuarat tersebut kedua-dua belah pihak telah bersetuju untuk bekerjasama untuk mengadakan Program Halal Eksekutif, pengujudan Pusat Latihan Halal dan pengujian "Air Reformer" di PTSS dalam jangka masa yang terdekat ini. Seramai 14 orang pegawai dan pensyarah terlibat dalam mesyuarat berkenaan. Turut hadir bersama ialah Timbalan Pengarah Akademik, Roseliza Dato’ Shaari dan Ketua Unit Cisec (Collaboration Industrial Services And Employability Centre), Amyzah Ahmad.
E-mel Rasmi Kakitangan (MyGovUC 3.0)
Sistem Aduan Kerosakan (UPP2U)
Sistem Koleksi Maklumat (KOLAM)
Sistem Pengurusan Maklumat Politeknik (SPMP)
Sistem Pemantauan Operasi Tugas (SPOT-Me)
Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS 2.0)
Sistem e-Penyata Gaji dan Laporan (eSPGL)
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) adalah tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan mana-mana maklumat dari laman sesawang ini.
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
Pauh Putra, 02600 Arau, Perlis
Telefon : 604 988 6200
Faks : 604 988 6300
E-mel : info[at]ptss.edu.my